awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinik Kesihatan Bukit Indah mula operasi Ogos ini - Adham Baba

Bernama
Bernama
27/06/2020
20:30 MYT
Klinik Kesihatan Bukit Indah mula operasi Ogos ini - Adham Baba
DR ADHAM: Saya berharap dengan adanya klinik ini, ia akan memberi impak yang positif kepada penduduk di negeri ini dan perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi keperluan rakyat. -Gambar fail
Klinik Kesihatan Bukit Indah di sini, yang kos pembinaan berjumlah RM18 juta, dijangka beroperasi awal Ogos ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Klinik Kesihatan (Jenis Tiga) itu, yang mula dibina sejak Mac 2017 dan siap sepenuhnya pada 4 Mac lepas, bakal menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di kawasan Bukit Indah dan Gelang Patah.
Antara perkhidmatan yang akan disediakan ialah rawatan pesakit luar, pergigian, farmasi, kecemasan, kesihatan ibu dan anak, pengimejan, makmal dan terapi cara kerja.
"Secara amnya, Klinik Kesihatan diklasifikasi kepada tujuh jenis berdasarkan bilangan purata kedatangan pesakit sehari, yang mana Klinik Kesihatan jenis tiga ini dianggarkan menerima pesakit antara 300 hingga 500 sehari," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Tiga Bukit Indah di sini, hari ini.
"Saya berharap dengan adanya klinik ini ia akan memberi impak yang positif kepada penduduk di negeri ini dan perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi keperluan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#bukit indah
#Gelang Patah
#Klinik kesihatan
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan