awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Jeti Kuching diisytiharkan tamat

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
16/08/2020
08:42 MYT
Kluster Jeti Kuching diisytiharkan tamat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat ini tujuh kluster dilaporkan masih aktif. -Gambar Arkib
Kluster Jeti Kuching yang dikesan pada 19 Julai lalu diisytiharkan tamat hari ini.
Menurut kenyataan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kluster ini melibatkan sebuah jeti perikanan dikenali sebagai jeti Pending di Kuching.
Memetik laporan tersebut, dua kes positif COVID-19 telah dikesan melalui kluster ini. Kedua-dua mangsa adalah merupakan warga asing.
Kes pertama iaitu kes ke-584 dikesan positif virus tersebut setelah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di bandar raya sama seperti yang dikehendaki oleh majikannya.
Beliau didapati positif pada hari yang sama dan dikehendaki untuk menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak.
Sementara itu, kes kedua adalah merupakan kontak rapat kepada kes pertama kluster ini.
Setelah menerima rawatan, kedua-dua mangsa dilaporkan telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak pada 30 Julai lalu.
Secara keseluruhan, 68 kontak rapat yang terdiri daripada 29 warga tempatan dan 39 warga asing telah menjalani saringan.
Hasil saringan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak susulan kes pertama berjaya mengesan seorang mangsa iaitu kes ke-603, manakala selebihnya adalah negatif COVID-19.
Tambah laporan JPBNS, selain Kluster Jeti Kuching, Kluster Pusat Perubatan Kuching juga telah diisytiharkan tamat iaitu pada Sabtu.
Tujuh kluster dilaporkan masih aktif di negeri itu melibatkan Kluster Syarikat Kejuruteraaan, Kluster Mambong, Kluster Pasar Stutong, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.
Dalam perkembangan lain, Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 pada Ahad. Jumlah keseluruhan kes kekal 682.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#kes positif
#Kluster Jeti Kuching
#Kuching
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan