awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Pasar Besar Jalan Othman, Kluster Benus tamat tempoh pemantauan

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2020
13:49 MYT
Kluster Pasar Besar Jalan Othman, Kluster Benus tamat tempoh pemantauan
Pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari di Kluster Pasar Besar Jalan Othman dan Kluster Benus tamat hari ini. - Foto BERNAMA
Pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari di Kluster Pasar Besar Jalan Othman dan Kluster Benus tamat hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh itu tiada kes kematian melibatkan COVID-19 dilaporkan.
"Dimaklumkan laporan kluster yang telah tamat tempoh pengawasan dan pemantauan untuk tempoh 28 hari sehingga 12 Jun 2020 ialah pertama, Kluster Pasar Besar Jalan Othman melibatkan jumlah kes positif 28 kes tetapi tiada kes kematian.
"Kluster kedua ialah Kluster Benus di Bentong, Pahang melibatkan kes positif lima dan tiada kematian," katanya dalam sidang media harian di sini pada Jumaat.
BACA: COVID-19: 33 kes baharu, 103 pulih dan satu kematian
Dalam pada itu, setakat ini, Kluster Pedas merupakan kluster aktif selepas menunjukkan pertambahan sebanyak empat kes COVID-19.
"Dimaklumkan kluster yang aktif di Malaysia sehingga 12 Jun 2020 iaitu Kluster Pedas ada pertambahan empat kes menjadikan jumlah 280 kes melibatkan 266 bukan warganegara. Lain-lain kluster tiada pertambahan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan