awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Pusat Perubatan Kuching diisytihar berakhir

Bernama
Bernama
15/08/2020
13:21 MYT
Kluster Pusat Perubatan Kuching diisytihar berakhir
Hari ini, tiada kes positif COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 682 kes.
Kluster Pusat Perubatan Kuching diisytihar berakhir hari ini, setelah tiada kes dilapor atau dikesan selepas 28 hari dari tarikh mula (onset) kes terakhir dalam kluster itu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Kluster itu diisytiharkan pada 17 Julai lepas melibatkan sebuah kemudahan perubatan di Kuching, dengan membabitkan tiga orang yang disahkan oleh makmal daripada 101 orang (kes dan kontak) yang disaring.
Sementara itu, JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat lapan kluster yang masih aktif setakat hari ini membabitkan 64 kes.
Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini, kekal 659 orang atau 96.63 peratus.
Hari ini, tiada kes positif COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 682 kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kluster
#koronavirus
#Kuching
#perubatan
#pusat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan