Komander pertahanan udara Iran terkorban dalam serangan AS-Israel

- Foto Agensi/SInar Harian
Seorang komander kanan tentera Iran maut dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) pada Ahad, memetik media Iran.
Komander itu dikenal pasti sebagai Brigedier Jeneral Masoud Zarei, ketua Kolej Pertahanan Udara tentera di Shahin Shahr, menurut agensi berita Iran Mehr.
Permusuhan di rantau itu meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

