awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komen jelik kematian pelajar UPSI: JPN arah sekolah sedia laporan

Bernama
Bernama
11/06/2025
15:00 MYT
Komen jelik kematian pelajar UPSI: JPN arah sekolah sedia laporan
Dalam kejadian awal pagi Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik. - Gambar fail
IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung dakwaan seorang guru membuat hantaran jelik di media sosial mengenai nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata siasatan awal mendapati pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran berkenaan merupakan seorang pendidik yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Perak.
"Selaku pendidik saya amat kesal dengan tindakan individu (guru) terbabit yang telah membuat hantaran tidak sepatutnya berkaitan tragedi yang mengorbankan pelajar UPSI.
"Selepas tular, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah menghubungi pengetua sekolah dan kaunselor PPD turut menasihati guru terbabit untuk menurunkan hantaran itu. Semakan sekitar 8.10 malam semalam mendapati hantaran itu telah dipadamkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, hantaran dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook menimbulkan reaksi kurang senang apabila mendakwa 15 pelajar UPSI yang maut dalam nahas itu meninggal dunia dalam keadaan hina.
Hantaran itu turut mendakwa kesemua pelajar yang terkorban itu bukan orang beriman kerana meninggal dunia dalam keadaan berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Bagaimanapun, hantaran berkenaan telah dipadamkan dan guru terbabit telah membuat permohonan maaf secara terbuka selain mendakwa dirinya menghidap penyakit skizofrenia.
Dalam kejadian awal pagi Isnin, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Bas membawa 42 pelajar universiti itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu dikatakan hilang kawalan dan melanggar Perodua Alza sebelum terbalik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#komen jelik
#kemalangan bas UPSI
#Jabatan Pendidikan Negeri Perak
#sedia laporan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan