awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara

Fareez Azman
Fareez Azman
01/09/2020
11:51 MYT
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam satu sidang media pada Selasa. Gambar: BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dalam proses untuk menaikkan kadar kompaun daripada RM1,000 kepada RM10,000.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara dalam masa terdekat bagi tujuan berkenaan.
"Akta ini (Akta 342) telah didrafkan pada tahun 1988... selama 32 tahun kita tidak mengkaji atau buat penambahbaikan akta tersebut.
"Jadi sekarang ini masa yang sesuai untuk penambahbaikan... kita akan beri cadangan dan berbincang dengan Peguam Negara mengenai kadar yang sepatutnya," katanya dalam sidang media pada Selasa.
BACA: Kerajaan kaji naikkan kadar kompaun ingkar PKPP hingga RM10,000 - Ismail Sabri
Ujarnya, kajian secara terperinci akan dijalankan sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada mesyuarat Kabinet dan seterusnya dibentangkan di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham antara lain dilaporkan berkata, akta berkenaan akan dipinda bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Topic Berkaitan
#Akta 342
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hukuman
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#kompaun
#Media
#Peguam Negara
#penalti
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan