awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye

Astro AWANI
Astro AWANI
05/04/2026
01:24 MYT
Konflik Asia Barat: Ankara nafi pesawat F-15 ditembak sistem pertahanan udara buatan Turkiye
Turkiye menolak dakwaan bahawa sistem pertahanan udara buatannya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 Amerika Syarikat. - Gambar hiasan
Turkiye pada Sabtu menolak dakwaan bahawa sistem pertahanan udara buatannya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 Amerika Syarikat (AS).
Turkiye turut menafikan dakwaan bahawa ia membekalkan Iran dengan peluru berpandu antipesawat dan UAV canggih, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut Pusat Memerangi Salah Maklumat Turkiye, dakwaan di beberapa akaun media sosial yang mendakwa negara itu membekalkan Iran dengan peluru berpandu anti-pesawat dan UAV canggih serta laporan jet pejuang F-15 AS ditembak oleh sistem pertahanan udara buatan Turki, adalah tidak berasas.
Menyedari bahawa siaran di platform media sosial tertentu tidak mencerminkan kebenaran, agensi itu memberi amaran bahawa ia adalah "serangan perang psikologi yang disengajakan dan propaganda hitam" untuk menjejaskan peranan pengantara Turkiye dalam krisis dan usahanya tertumpu pada keamanan dan diplomasi.
Turkiye telah menunjukkan pendirian yang meletakkan keamanan dan kestabilan dalam semua proses serantau sebagai keutamaan, menurut agensi itu sambil menekankan bahawa inisiatif berkenaan di media sosial adalah untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa.
"Aktiviti salah maklumat berniat jahat seperti itu bertujuan untuk memanipulasi pendapat umum dan menjejaskan keseimbangan sensitiviti di rantau ini tidak sepatutnya dipercayai. Adalah amat penting untuk terus berwaspada terhadap kenyataan spekulatif daripada sumber bukan rasmi," tambahnya.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Turkiye
#F-15
#AS
#salah maklumat
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan