awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
400 terbunuh dalam serangan hospital Kabul, Afghanistan salahkan Pakistan
UAE umum penutupan ruang udara susulan serangan Iran
Vance tegas kepercayaannya terhadap Trump dalam perang Iran, redakan spekulasi perbezaan pendapat

Konflik Asia Barat: Araghchi nafi hubungan semula dengan utusan AS

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
21:52 MYT
Konflik Asia Barat: Araghchi nafi hubungan semula dengan utusan AS
Araghchi menegaskan bahawa komunikasi terakhir mereka berlaku sebelum AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari. - Foto fail/AP
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, pada Isnin menafikan dakwaan media Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau telah berhubung semula dengan utusan khas AS, Steve Witkoff, dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Beliau menegaskan bahawa komunikasi terakhir mereka berlaku sebelum AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari.
"Hubungan terakhir saya dengan Encik Witkoff adalah sebelum majikannya mengambil keputusan untuk membunuh diplomasi dengan satu lagi serangan ketenteraan haram ke atas Iran," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di platform X.
Beliau menambah bahawa mana-mana dakwaan sebaliknya “hanya bertujuan mengelirukan pedagang minyak dan orang awam.”
My last contact with Mr. Witkoff was prior to his employer's decision to kill diplomacy with another illegal military attack on Iran.Any claim to the contrary appears geared solely to mislead oil traders and the public.
— Seyed Abbas Araghchi (@araghchi) March 16, 2026
Kenyataan Araghchi itu dibuat susulan laporan Axios yang mendakwa saluran komunikasi terus antara beliau dan Witkoff telah diaktifkan semula dalam beberapa hari kebelakangan ini, berdasarkan kenyataan seorang pegawai AS dan sumber lain yang mengetahui perkara tersebut.
Laporan itu menyebut bahawa Araghchi didakwa menghantar mesej teks kepada Witkoff.
Namun pegawai AS yang dipetik dalam laporan sama menegaskan bahawa Washington “tidak bercakap” dengan Tehran, sekali gus menimbulkan lebih banyak kekeliruan mengenai sama ada komunikasi dua hala itu benar-benar berlaku.
Laporan daripada Drop Site News, turut disebut dalam laporan Reuters, mendakwa Witkoff sebenarnya telah menghantar mesej kepada Araghchi, tetapi pegawai Iran berkata menteri luar itu mengabaikan mesej tersebut.
Situasi ini berlaku ketika perang AS-Israel ke atas Iran memasuki minggu ketiga, dengan ratusan korban dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#abbas araghchi
#Steve Witkoff
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.