awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian saham permodalan besar
NADMA selaras empat operasi pembenihan awan di Melaka, Johor bermula hari ini
Jepun beri amaran gempa susulan selepas gegaran kuat 7.5 magnitud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Beijing kritik tindakan AS tembak, rampas kapal kargo Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
20/04/2026
09:33 MYT
Konflik Asia Barat: Beijing kritik tindakan AS tembak, rampas kapal kargo Iran
Guo Jiakun (foto) berkata, situasi di Selat Hormuz ketika ini berada dalam keadaan sensitif dan rumit. -Foto fail
China menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) merampas sebuah kapal kargo milik Iran, sambil menggesa semua pihak bertindak secara berhemah bagi mengelakkan peningkatan ketegangan di rantau itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun berkata, situasi di Selat Hormuz ketika ini berada dalam keadaan sensitif dan rumit.
Beliau menegaskan pihak terlibat perlu mengelakkan sebarang perkembangan yang boleh memburukkan keadaan serta mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan transit normal melalui selat berkenaan disambung semula.
Terdahulu, AS mengesahkan telah melepaskan tembakan dan merampas sebuah kapal kargo Iran yang didakwa cuba mengelak daripada sekatan laut, ketika berada berhampiran pelabuhan-pelabuhan Iran.
Tentera Iran pula mendakwa kapal itu dalam perjalanan dari China dan berikrar akan bertindak balas terhadap apa yang disifatkan sebagai “lanun bersenjata oleh tentera AS”.
Ketegangan terbaharu ini berlaku ketika usaha diplomatik antarabangsa sedang dipertingkat bagi mengekalkan kestabilan di Asia Barat, di tengah kebimbangan terhadap kesannya ke atas keselamatan perkapalan dan perdagangan global.
Topic Berkaitan
#Selat Hormuz
#China AS Iran
#kapal kargo Iran
#ketegangan Asia Barat
#sekatan laut
#keselamatan perkapalan
#perdagangan global
#diplomasi antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan