awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat belum jejas eksport komoditi negara - Noraini

Reuters
Reuters
10/03/2026
08:39 MYT
Konflik Asia Barat belum jejas eksport komoditi negara - Noraini
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di Negara-Negara Teluk. - Gambar fail/Reuters
Ketegangan di Asia Barat yang menjejaskan pergerakan maritim di Selat Hormuz setakat ini belum memberi kesan ketara kepada eksport komoditi negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Noraini Ahmad.
Beliau bagaimanapun berkata kos lain termasuk pengangkutan, logistik dan insurans dijangka meningkat sekiranya krisis itu berterusan.
“Buat masa sekarang belum ada lagi kesan ketara memandangkan Selat Hormuz tidak dapat dilalui, namun apabila laluan itu dibuka semula, sudah semestinya akan ada kesan kepada perdagangan.
“Antara komoditi yang berpotensi terjejas termasuk kayu, perabot serta barangan berasaskan minyak sawit. Jika konflik berterusan, kos logistik dijangka meningkat dan apabila kapal melalui kawasan konflik, premium insurans perlindungan kapal juga akan bertambah,” katanya selepas menghadiri Program Turun Padang Menteri Perladangan dan Komoditi di Maahaz Tahfiz Al-Quran Al-Iman di sini hari ini.
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Feb susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di Negara-Negara Teluk.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter supaya tidak membebankan rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata meskipun harga minyak dilaporkan semakin meningkat di pasaran global, keadaan di negara ini masih lagi terkawal dengan ketetapan harga RON95 yang rendah menerusi subsidi bersasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asia Barat
#konflik
#eksport
#insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan