awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat

Astro AWANI
Astro AWANI
06/04/2026
11:04 MYT
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Airlangga Hartarto (foto) berkata langkah itu terpaksa diambil bagi mengimbangi peningkatan kos operasi syarikat penerbangan ekoran kenaikan harga bahan api pesawat (avtur) sehingga 70 peratus sejak awal April. -Gambar fail/Bernama
Kerajaan Indonesia hari ini membenarkan syarikat penerbangan domestik menaikkan harga tiket sehingga 13 peratus, selain menetapkan kadar caj tambahan bahan api baharu pada paras 38 peratus susulan lonjakan harga minyak global.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, berkata langkah itu terpaksa diambil bagi mengimbangi peningkatan kos operasi syarikat penerbangan ekoran kenaikan harga bahan api pesawat (avtur) sehingga 70 peratus sejak awal April.
Beliau berkata, pelarasan berkenaan menyaksikan harga avtur di lapangan terbang utama meningkat daripada kira‑kira Rp13,656 (sekitar RM3.20) kepada Rp23,551 (sekitar RM5.55) seliter.
Bagi mengurangkan kesan kepada pengguna, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah mitigasi termasuk menanggung 11 peratus Cukai Nilai Tambah (PPN) bagi tiket kelas ekonomi.
Menurut Airlangga, inisiatif berkenaan melibatkan peruntukan subsidi kira‑kira RM307.5 juta sebulan, bagi memastikan tambang penerbangan kekal mampu milik untuk tempoh dua bulan akan datang.
Selain subsidi cukai, kerajaan turut mengumumkan pemansuhan duti import bagi alat ganti pesawat bagi membantu meringankan beban kewangan syarikat penerbangan.
Airlangga berkata, dasar itu akan dinilai semula dalam tempoh dua bulan bergantung kepada kestabilan harga minyak dunia serta perkembangan konflik di Asia Barat.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa harga petrol dan diesel bersubsidi bagi kenderaan darat tidak akan dinaikkan sehingga penghujung tahun ini.
Langkah tersebut, katanya, bertujuan mengekalkan kuasa beli rakyat serta mengawal kadar inflasi domestik daripada terus meningkat.
Terdahulu, syarikat penerbangan tempatan dilaporkan mendesak kerajaan menyemak semula had siling tambang susulan krisis di Selat Hormuz yang mencetuskan gangguan rantaian bekalan tenaga di peringkat global.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#tambang penerbangan
#harga avtur
#caj bahan api
#Airlangga Hartarto
#krisis tenaga global
#Selat Hormuz
#ekonomi Asia Tenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan