awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Goldman Sachs setuju selesaikan saman skandal 1MDB
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar berikutan rundingan AS-Iran
Bekas penyampai Radio RTM Mariamah Tijo meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran salahkan sekatan Trump punca kebuntuan diplomatik

Astro AWANI
Astro AWANI
23/04/2026
00:13 MYT
Konflik Asia Barat: Iran salahkan sekatan Trump punca kebuntuan diplomatik
Sebuah peluru berpandu balistik dipamerkan oleh IRGC semasa satu demonstrasi prokerajaan di Dataran Enqelab‑e‑Eslami (Revolusi Islam) di pusat bandar Tehran, Iran. - Foto AP
Iran menyalahkan sekatan laut Amerika Syarikat (AS) terhadap pelabuhan-pelabuhannya sebagai punca kebuntuan rundingan diplomatik dan penutupan berterusan Selat Hormuz, sambil menegaskan bahawa Tehran tidak akan tunduk kepada “tekanan” Washington.
Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, berkata pada Rabu bahawa gencatan senjata penuh antara Iran dan AS tidak mungkin dicapai selagi sekatan laut AS berterusan.
Dalam kenyataan pertamanya sejak Presiden AS Donald Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata, Ghalibaf berkata pembukaan semula Selat Hormuz mustahil berikutan “pelanggaran terang-terangan” terhadap perjanjian itu.
“Sesuatu gencatan senjata hanya bermakna jika sekatan maritim dan penahanan ekonomi dunia dihentikan, serta tindakan agresif Israel ditamatkan,” katanya melalui media sosial.
Beliau menambah bahawa AS dan Israel gagal mencapai matlamat mereka melalui kekerasan, dan tidak akan berjaya melalui paksaan.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, turut mengulangi pendirian tersebut, dengan menekankan bahawa diplomasi, bukannya tekanan dan ancaman, adalah kunci kepada rundingan damai.
Beliau berkata pelanggaran komitmen dan sekatan ekonomi menjadi halangan utama kepada rundingan yang tulen.
Gencatan senjata dilaporkan masih bertahan setakat Rabu, meskipun kedua-dua pihak memberi amaran kesediaan untuk kembali berperang.
Lanjutan gencatan dicapai selepas Iran memboikot rundingan di Pakistan sebagai bantahan terhadap sekatan AS.
White House pula menyatakan Trump berpuas hati dengan sekatan tersebut dan menganggapnya sebagai tekanan penting terhadap Iran.
Dengan sekatan masih berkuat kuasa dan tarikh baharu rundingan belum ditetapkan, penganalisis memberi amaran konflik boleh tercetus semula pada bila-bila masa, meletakkan rantau itu dalam keadaan “tiada perang, tiada damai”.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#gencatan senjata
#sekatan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan