awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Imej papan induk NVIDIA N1 tular, cetus spekulasi cip komputer riba baharu
Pelajar USM wakili Malaysia pada pertandingan roket di AS
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Iran tegaskan tidak tutup Selat Hormuz

Bernama
Bernama
06/03/2026
16:21 MYT
Konflik Asia Barat: Iran tegaskan tidak tutup Selat Hormuz
Iran tidak menutup Selat Hormuz, laluan laut penting bagi pengangkutan tenaga dalam konflik yang berterusan antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh. - Gambar Reuters
Iran tidak menutup Selat Hormuz, laluan laut penting bagi pengangkutan tenaga dalam konflik yang berterusan antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, kata Timbalan Menteri Luar Iran, Saeed Khatibzadeh, pada Jumaat.
Khatibzadeh yang berucap pada sebuah persidangan di sini, berkata, penurunan mendadak trafik perkapalan melalui selat itu berpunca daripada keengganan syarikat insurans untuk menginsuranskan kapal yang menuju ke kawasan berkenaan.
“Kami tidak menutup Selat Hormuz dan kami tidak berhasrat untuk berbuat demikian sehingga diberitahu kelak,” katanya.
“Jika kami menutupnya, kami akan mengumumkannya,” kata Khatibzadeh sambil menambah bahawa langkah sedemikian akan diambil secara “bertanggungjawab” kerana Iran merupakan “tonggak kestabilan” di rantau itu.
Serangan AS-Israel terhadap Iran serta tindakan balas Iran di seluruh rantau itu telah mencetuskan kekacauan perjalanan dan mengganggu aliran tenaga.
Iran akan terus menentang usaha Israel dan AS untuk menggulingkan kerajaan negara itu, kata Timbalan Menteri Luar itu kepada pemberita.
“AS telah membunuh pemimpin sebuah negara lain. Jika ini menjadi norma baharu, maka tiada negara boleh mempunyai hubungan diplomatik dan hubungan normal dengan negara lain,” katanya merujuk kepada pembunuhan Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dalam pengeboman AS-Israel pada 28 Februari lepas.
“Amerika telah memutuskan untuk menamatkan kewujudan Iran. Israel telah menjanjikan perkara ini selama beberapa dekad kerana khayalan mereka mengenai “Greater Israel”,” kata Khatibzadeh, merujuk kepada projek ideologi Zionis untuk menduduki bukan sahaja seluruh Palestin tetapi juga kawasan atau keseluruhan Jordan, Lubnan, Syria, Iraq, Mesir dan Arab Saudi.
Khatibzadeh berkata AS mempunyai pangkalan tentera di seluruh rantau itu untuk menyasarkan Iran.
“Kami tiada pilihan selain menamatkan kehadiran Amerika Syarikat di kawasan sekitar Iran,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#Iran
#Perang Iran-Israel 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan