awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kapal selam berkuasa nuklear Britain dilaporkan tiba di Laut Arab

Bernama
Bernama
22/03/2026
03:41 MYT
Konflik Asia Barat: Kapal selam berkuasa nuklear Britain dilaporkan tiba di Laut Arab
HMS Anson, dilengkapi peluru berpandu serangan darat Tomahawk Block IV serta torpedo berat Spearfish, dan dipercayai berada di perairan dalam utara Laut Arab. - Foto FB British High Commission, Canberra

Sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik Tentera Laut Diraja Britain telah tiba di Laut Arab dan mampu melancarkan serangan peluru berpandu jelajah ke atas Iran, menurut media Britain pada Sabtu memetik sumber tentera, lapor Xinhua.

Kapal selam berkenaan, HMS Anson, dilengkapi peluru berpandu serangan darat Tomahawk Block IV serta torpedo berat Spearfish, dan dipercayai berada di perairan dalam utara Laut Arab, menurut Daily Mail.

Ini bermakna tentera Britain mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan ke atas Iran sekiranya konflik semakin memuncak.

Jika mendapat kebenaran perdana menteri, laporan itu menyatakan HMS Anson akan diarahkan untuk melancarkan serangan dan akan naik hampir ke permukaan bagi melepaskan empat peluru berpandu.

Britain pada Jumaat bersetuju membenarkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pangkalan ketenteraannya bagi melaksanakan “operasi untuk melemahkan tapak peluru berpandu dan keupayaan yang digunakan untuk menyerang kapal di Selat Hormuz”, sambil menegaskan komitmen untuk “tidak terlibat dalam konflik yang lebih luas”.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Britain
#kapal selam
#Laut Arab
#HMS Anson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan