awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kapal tangki Kuwait terbakar diserang dron di Dubai

Agensi
Agensi
31/03/2026
01:45 MYT
Konflik Asia Barat: Kapal tangki Kuwait terbakar diserang dron di Dubai
Kapal tangki minyak Kuwait, Al-Salmi, dilaporkan terkena serangan dipercayai diserang dron Iran pada awal pagi Isnin, menyebabkan kebakaran serta kerosakan serius pada badan kapal ketika berada di perairan barat laut Dubai. - Gambar Reuters
Sebuah kapal tangki minyak gergasi milik Kuwait, Al-Salmi, dilaporkan terkena serangan dipercayai diserang dron Iran pada awal pagi Isnin, menyebabkan kebakaran serta kerosakan serius pada badan kapal ketika berada di perairan barat laut Dubai.
United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) yang dikendalikan tentera British memaklumkan, serangan berlaku kira-kira 31 batu nautika (57 kilometer) barat laut Dubai, sejurus selepas jam 1 pagi waktu tempatan.
Menurut Kuwait Petroleum Corporation (KPC), pemilik berdaftar serta pengendali komersial kapal tersebut, insiden berkenaan telah mencetuskan kebakaran di atas kapal selain menyebabkan kerosakan ketara pada struktur badan kapal.
KPC turut mengesahkan bahawa kapal itu jenis Very Large Crude Carrier (VLCC) sedang penuh muatan ketika serangan berlaku, sekali gus meningkatkan risiko tumpahan minyak di perairan sekitarnya.
Dalam perkembangan sama, Pejabat Media Dubai memaklumkan bahawa pasukan bomba maritim masih menjalankan operasi memadam kebakaran, dengan kesemua 24 kru kapal berada dalam keadaan selamat.
Mengikut data Maritime Optima, Al-Salmi mampu membawa sehingga 319,660 tan berat mati (DWT), menjadikannya kapal dalam kategori kedua terbesar bagi kapal pengangkut minyak mentah dunia.
Pasukan kecemasan kini sedang berusaha mengawal kebakaran dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.
KPC memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan usaha sedang dijalankan bagi menilai tahap kerosakan serta memastikan keselamatan kapal dan alam sekitar. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Kapal tangki Kuwait
#kapal Al-Salmi
#Kuwait Petroleum Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan