awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
PM Australia Albanese lawat Malaysia pada 15-17 April, fokus kepada keselamatan tenaga
Malaysia perkukuh kedudukan global acara perniagaan di TMS APAC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Kemelesetan global tidak dapat dielakkan tahun ini - Utusan Khas Presiden Rusia

Bernama
Bernama
03/04/2026
09:13 MYT
Konflik Asia Barat: Kemelesetan global tidak dapat dielakkan tahun ini - Utusan Khas Presiden Rusia
Kirill Dmitriev berkata perkara ini akan menjadi "jelas kepada ramai pihak" menjelang Jun ini. - Reuters
Kemelesetan global tidak dapat dielakkan pada tahun ini, kata Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) merangkap utusan khas presiden Rusia bagi pelaburan dan kerjasama ekonomi dengan negara luar, Kirill Dmitriev.
"Kemelesetan global sudah tidak dapat dielakkan tahun ini, dengan negara pengimport tenaga akan terjejas paling teruk," kata Dmitriev di laman X, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Beliau berkata perkara ini akan menjadi "jelas kepada ramai pihak" menjelang Jun ini.
Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran, termasuk di Tehran, yang menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam. Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat.
Ketegangan di sekitar Iran menyebabkan sekatan secara de facto di Selat Hormuz, laluan utama bagi penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global, selain turut menjejaskan tahap eksport dan pengeluaran minyak di rantau itu. Kesannya, harga bahan api sedang meningkat di kebanyakan negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#kemelesetan global
#tahun ini
#tidak dapat dielakkan
#Kirill Dmitriev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan