awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KPDN Perak tingkat kawalan stesen minyak sempadan Thailand

Bernama
Bernama
16/03/2026
07:11 MYT
Konflik Asia Barat: KPDN Perak tingkat kawalan stesen minyak sempadan Thailand
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku penyeludupan petrol RON95. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak meningkatkan kawalan pemeriksaan 24 jam di stesen minyak di kawasan sempadan Perak-Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan bahan api.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamaluddin Ismail berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku penyeludupan petrol RON95.
"Kita juga tingkatkan pemeriksaan di stesen minyak di seluruh negeri. Pasukan kita berpakaian seragam dan preman akan sentiasa memantau di stesen minyak," katanya dalam sidang media pada sesi Tinjauan Mesra Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2026 di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dilaporkan berkata pihaknya memperketat penguatkuasaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 di seluruh negara melalui pendekatan penguatkuasaan berasaskan risikan bagi memastikan subsidi berkenaan tidak diseleweng mana-mana pihak.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pelaksanaan BUD195 berikutan konflik di Asia Barat menyebabkan lonjakan harga minyak global dan menarik minat pihak luar untuk mendapat bekalan petrol murah di Malaysia berbanding negara lain
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI95 akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter walaupun harga pasaran jauh lebih tinggi susulan konflik di Asia Barat.
Dalam pada itu, Kamaluddin berkata bekalan keperluan makanan seperti minyak masak dan gula mencukupi pada masa ini.
"Kami buat pemeriksaan ke kedai dan mendapati minyak peket banyak, gula banyak. Maknanya keperluan buat masa sekarang ini ada dan mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#Kamaluddin Ismail
#konflik Asia Barat
#PENYELUDUPAN MINYAK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan