awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gadis ayu alam maya 'Cik Era' bantu 2,476 orang berhenti merokok
Dakwaan kerajaan abai MA63 hanya retorik politik - Anwar Ibrahim
PM luluskan peruntukan RM1.525 juta kepada lima sekolah pondok, tahfiz di Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: KPDN perhebat ops Tiris pantau risiko penyeludupan minyak

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
06:38 MYT
Konflik Asia Barat: KPDN perhebat ops Tiris pantau risiko penyeludupan minyak
Armizan berkata, kenaikan harga minyak dunia kini melebihi US$100 setong seliter secara pasaran global, dan jika dibandingkan dengan negara jiran yang tidak mempunyai subsidi, risiko penyeludupan menjadi lebih besar. - Foto Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperhebatkan penguatkuasaan melalui Operasi Tiris (Ops Tiris) bagi mengekang risiko penyeludupan bahan api, susulan kenaikan harga minyak dunia ekoran ketegangan di Asia Barat.
Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan penyelarasan subsidi, risiko penyeludupan tetap wujud.
"Walaupun kerajaan telah melaksanakan subsidi diesel dua tahun lalu serta RON95 tahun lalu, risiko penyeludupan tetap wujud apabila harga industri meningkat,” katanya pada sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Aidilfitri di ibu negara pada Selasa.
Beliau menambah, kenaikan harga minyak dunia kini melebihi US$100 setong seliter secara pasaran global, dan jika dibandingkan dengan negara jiran yang tidak mempunyai subsidi, risiko penyeludupan menjadi lebih besar.
“Oleh itu, walaupun menjelang Aidilfitri, kita akan memperhebatkan Ops Tiris untuk mengekang cubaan menyeludup bekalan bahan api ke luar sempadan,” katanya lagi.
Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan berusaha mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter bagi meringankan beban rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun harga minyak dilaporkan semakin meningkat di pasaran global, keadaan di negara ini masih lagi terkawal dengan ketetapan harga RON95 yang rendah menerusi subsidi bersasar.
Topic Berkaitan
#KPDN Armizan Mohd Ali
#konflik Asia Barat
#minyak global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan