awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses permohonan rayuan Khairy dijangka tidak ambil masa lama - Zambry
Abbas Araghchi puji pendirian tegas Islamabad sokong Tehran
Empat individu keluar kenyataan berbaur provokasi isu agama, kaum dituduh esok - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: MAG teliti kadar tambang, surcaj bahan api

Bernama
Bernama
13/03/2026
04:39 MYT
Konflik Asia Barat: MAG teliti kadar tambang, surcaj bahan api
MAG menyatakan langkah semakan itu menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengurus kos operasi selain memastikan kesalinghubungan yang stabil merentasi rangkaiannya. - Gambar fail
Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi syarikat-syarikat penerbangan di bawah kendaliannya, akan terus menyemak kadar tambang serta surcaj bahan api berikutan keadaan pasaran yang tidak menentu.
“Selain itu, kumpulan juga kekal komited untuk melakukan pengurusan kos yang seimbang dan mengekalkan aspek kebolehpercayaan dan kesalinghubungan yang selamat di serata rangkaiannya,” menurut MAG dalam kenyataan kepada Bernama, hari ini.
Kumpulan berkenaan yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dan AMAL, menyatakan langkah semakan itu menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam mengurus kos operasi selain memastikan kesalinghubungan yang stabil merentasi rangkaiannya.
Kenyataan MAG itu juga sejajar dengan tindakan pemantauan syarikat penerbangan global terhadap lonjakan harga bahan api jet serta situasi geopolitik yang sentiasa berubah -- dua elemen yang terus mempengaruhi struktur kos operasi dan tambang di serata peringkat sektor penerbangan.
Baru-baru ini, satu hantaran di platform X oleh seorang pengguna “Pemburu Tiket Murah” mendakwa beberapa syarikat penerbangan utama mengumumkan kenaikan surcaj bahan api susulan lonjakan harga minyak global, termasuk Malaysia Airlines, Firefly dan Batik Air.

Mengikut notis bertarikh 9 Mac 2026 yang turut dikongsi oleh Pemburu Tiket Murah, pelarasan membabitkan Firefly akan dilaksanakan dalam dua peringkat.

Fasa pertama berkuat kuasa pada 11 Mac 2026, melibatkan semua pusat jualan (POS) kecuali di Filipina yang sebaliknya terlibat dalam fasa kedua berkuat kuasa pada 25 Mac.

Malaysia Airlines menyatakan pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua peringkat.

Dalam pada itu, Batik Air Malaysia telah mengesahkan kepada Bernama mengenai tindakannya mengeluarkan notis kepada syarikat sekutu pengembaraan mengenai pelarasan surcaj bahan api bagi laluan domestik dan antarabangsa, sekali gus memaparkan bebanan tekanan kos yang dialami oleh syarikat penerbangan.

Harga jet bahan api yang sebelum ini dalam julat US$85 setong hingga US$90 setong (US$1=RM3.94) sebelum konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran, telah melonjak melebihi US$100 setong sejak beberapa hari lepas.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Malaysia Airlines
#kenaikan tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan