awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Qatar kutuk tindakan Israel, tegaskan sokongan terhadap kedaulatan Lubnan
YTL AI Labs perkasa inovasi AI tempatan menerusi ILMU Claw
Sekat kapal kargo: Tiada neutraliti dalam pengangkutan bahan sokong Israel - GSF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Rundingan AS-Iran berdepan ketidaktentuan

Reuters
Reuters
21/04/2026
09:40 MYT
Konflik Asia Barat: Rundingan AS-Iran berdepan ketidaktentuan
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan kukuh daripada Kerajaan Iran mengenai kehadiran delegasi mereka ke Islamabad bagi menjayakan rundingan terbaharu ini. FOTO: Astro AWANI
Tiada pasukan atau delegasi dari Iran yang dipercayai akan dihantar ke Islamabad, Pakistan buat waktu ini bagi menjayakan rundingan pusingan kedua antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Al Jazeera yang memetik sumbernya di Kementerian Luar Iran, portal itu melaporkan Menteri Luar, Abbas Araghchi dan Speaker Parlimen Iran yang juga Ketua Perunding, Mohammad Baqer Qalibaf masih berada di negara itu.
Penyiar milik kerajaan Iran, IRIB, turut memaklumkan bahawa tiada sesiapa termasuk sebahagian daripada pasukan teknikal atau mana-mana pasukan lain yang dihantar ke Islamabad.
Sehubungan dengan itu, penyertaan Iran dalam rundingan pusingan terbaharu ini kekal menjadi tanda tanya.
Laporan ini mengukuhkan dakwaan bahawa Iran tidak akan menyertai rundingan terbaharu itu selepas Ahli Parlimen Iran, Mohammad Reza Mohseni Sani menegaskan, rundingan dengan Washington tidak boleh diterima dalam situasi semasa.
Al Jazeera yang memetik agensi berita Mehr milik Iran berkata, Mohammad Reza mendakwa AS bersikap terlalu menuntut dan mengejar kepentingan tersembunyi bagi manfaat politik domestik.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan kukuh daripada kerajaan Iran mengenai kehadiran delegasi mereka ke Islamabad bagi menjayakan rundingan terbaharu ini.
Pada masa sama, portal berita sama melaporkan Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance dijangka tiba di ibu negara Pakistan itu pada Rabu,
Vance dijangka berlepas dari Washington DC pada Selasa malam waktu Pakistan, dan tiba di Islamabad sama ada lewat pagi atau awal tengah hari Rabu.
Vance dijadualkan mengetuai delegasi Amerika bagi pusingan kedua rundingan dengan Tehran dan ia dijangka berlangsung secara tentatif pada Rabu.
Pada masa sama, Utusan Khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, juga turut serta dalam rundingan tersebut.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Iran
#Islamabad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan