awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada keluarga Prebet Muhammad Amirul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: AS sedia kerah kapal pengangkut pesawat ketiga

Bernama
Bernama
07/03/2026
09:46 MYT
Konflik Asia Barat: AS sedia kerah kapal pengangkut pesawat ketiga
Kapal USS George H.W. Bush yang telah melengkapkan persiapannya di luar pantai Pulau Hatteras, Carolina Utara, dijangka berlepas tidak lama lagi. - Foto US Navy
Amerika Syarikat (AS) sedang bersedia untuk mengerahkan kapal pengangkut pesawat ketiga ke Asia Barat untuk serangan ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan media pada Jumaat.
Kapal pengangkut pesawat Tentera Laut US, USS George H.W. Bush itu, telah melengkapkan persiapan untuk berlepas ke timur Mediterranean, menurut Fox News.
Kapal itu, yang telah melengkapkan persiapannya di luar pantai Pulau Hatteras, Carolina Utara, dijangka berlepas tidak lama lagi.
Pengangkut pesawat berkenaan membawa berpuluh-puluh pesawat serangan dan akan diiringi pemusnah peluru berpandu.
USS Gerald R. Ford kini beroperasi di Laut Merah manakala kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln (CVN-72) beroperasi di Teluk Oman.
Ketegangan di Asia Barat kian memuncak sejak hujung minggu lepas apabila AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Iran, membunuh lebih 1,000 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei, lebih 150 pelajar sekolah dan pegawai kanan tentera.
Iran bertindak balas dengan serangan bertubi-tubi yang menyasarkan pangkalan AS, kemudahan diplomatik dan anggota tentera di seluruh rantau ini, serta beberapa bandar Israel.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#kapal pengangkut pesawat
#Tentera Laut AS
#USS George H.W. Bush
#Iran
#persiapan
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan