awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Lebih 2,000 maut sejak konflik tercetus di Lubnan – Kementerian Kesihatan
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Serangan dron mengenai hotel di Baghdad, tiada kecederaan dilaporkan

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
22:03 MYT
Konflik Asia Barat: Serangan dron mengenai hotel di Baghdad, tiada kecederaan dilaporkan
Rakaman dan saksi Reuters turut melaporkan kejadian letupan kecil berhampiran kawasan diplomatik. - Foto REUTERS
Kementerian Dalam Negeri Iraq pada Isnin mengesahkan bahawa sebuah dron telah menghentam sebuah hotel di Baghdad, namun insiden itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan ketara.
Menurut kenyataan kementerian, pemeriksaan awal mendapati dron tersebut mengenai pagar atas bumbung Hotel Al‑Rasheed, yang terletak di Zon Hijau, kawasan paling berkawal di Baghdad yang menempatkan bangunan kerajaan serta beberapa kedutaan asing, termasuk Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Sumber keselamatan sebelum ini memberitahu bahawa asap dan api kelihatan naik dari kawasan hotel, menyebabkan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan lebih besar.
Rakaman dan saksi Reuters turut melaporkan kejadian letupan kecil berhampiran kawasan diplomatik.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati insiden itu hanya melibatkan serangan pada struktur pagar atas hotel tanpa menyebabkan kecederaan kepada orang awam atau kakitangan.
Kementerian itu turut mengecam sebarang percubaan untuk mensasarkan wakil diplomatik di Iraq.
Sumber keselamatan Iraq turut melaporkan bahawa dua roket Katyusha telah ditembakkan ke arah Kedutaan AS di Zon Hijau pada waktu hampir sama.
Tiada laporan kecederaan dikeluarkan setakat ini, tetapi operasi keselamatan ditingkatkan susulan beberapa siri serangan terhadap sasaran berkaitan AS di Iraq sejak bermulanya konflik Iran-AS-Israel.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Hotel Al‑Rasheed
#serangan dron
#zon hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan