awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tamatkan perang Iran kunci kawal harga minyak - Merz

Bernama
Bernama
25/03/2026
17:41 MYT
Konflik Asia Barat: Tamatkan perang Iran kunci kawal harga minyak - Merz
Merz telah berulang kali membangkitkan kebimbangan Berlin mengenai peperangan berkenaan serta risikonya terhadap ekonomi global dalam beberapa panggilan telefon baru-baru ini dengan Presiden AS, Donald Trump. - Gambar Reuters
Canselor Jerman, Friedrich Merz berkata pada Rabu bahawa menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran adalah satu-satunya jalan penyelesaian sebenar terhadap lonjakan harga minyak.
"Kita tidak boleh mengimbangi setiap kenaikan harga melalui langkah cukai atau peruntukan daripada belanjawan Persekutuan," kata Merz kepada Ahli Parlimen semasa sesi persidangan Parlimen, lapor Anadolu Ajansi.
"Cara terbaik untuk mengawal semula harga adalah dengan menamatkan perang di Iran. Kerajaan sedang melakukan segala yang termampu untuk mencapai matlamat ini secepat mungkin,” katanya.
Canselor itu menegaskan, beliau telah berulang kali membangkitkan kebimbangan Berlin mengenai peperangan berkenaan serta risikonya terhadap ekonomi global dalam beberapa panggilan telefon baru-baru ini dengan Presiden AS, Donald Trump.
"Saya sedang menyelaraskan secara rapat dengan rakan sejawat di Kesatuan Eropah serta dengan United Kingdom, Norway, dan ramai lagi," kata Merz.
"Kami sedang cuba melakukan apa sahaja yang termampu untuk memujuk AS dan Israel supaya mencari penyelesaian diplomatik terhadap perang ini."
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa penamatan permusuhan memerlukan kesediaan daripada semua pihak termasuk Iran, sesuatu yang menurutnya masih belum kelihatan buat masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Jerman
# Friedrich Merz
#Iran
#harga minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan