awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Penantian berakhir selepas 9 tahun, pingat emas kembali ke China
Seorang peminat bertindak menyaman Arsenal ekoran prestasi teruk
Guru dipercayai langgar pelajar Tingkatan Satu tiba di mahkamah untuk direman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Tiga wartawan terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan

Astro AWANI
Astro AWANI
28/03/2026
22:49 MYT
Konflik Asia Barat: Tiga wartawan terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan
Wartawan Al Mayadeen, Jamal Al‑Gharabi, memegang jaket media di sisi sebuah kereta yang musnah akibat serangan Israel yang disasarkan, yang mengorbankan wartawan Al Mayadeen, Fatima Ftouni, dan jurukamera Mohammed Ftouni, serta wartawan Al Manar, Ali Shai
Tiga wartawan Lubnan terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang disasarkan di selatan Lubnan pada Sabtu, menurut kenyataan penyiar masing-masing.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ali Shoeib, wartawan stesen Al Manar yang bersekutu dengan Hezbollah, serta Fatima Ftouni dan abangnya, jurukamera Mohamed Ftouni, dari saluran Al Mayadeen.
Serangan tersebut dilaporkan mengenai kenderaan yang dinaiki mereka di bandar Jezzine sekitar tengah hari waktu tempatan.
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan pembunuhan Shoeib, mendakwa beliau adalah anggota Hezbollah dari Pasukan Radwan yang beroperasi “di sebalik kedok sebagai wartawan”.
IDF bagaimanapun tidak mengemukakan bukti dan tidak mengulas mengenai kematian dua lagi wartawan.
Hezbollah mengecam serangan itu sebagai “pembunuhan jenayah yang disengajakan terhadap wartawan”.
Presiden Lubnan, Joseph Aoun, menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa, manakala Perdana Menteri Nawaf Salam turut mengutuk serangan berkenaan sebagai pencabulan undang-undang kemanusiaan.
Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) menyatakan Lubnan kini menjadi zon berbahaya kepada pengamal media, sambil menegaskan wartawan bukan sasaran sah dalam konflik bersenjata.
Sejak konflik tercetus, lebih 1,100 orang awam terbunuh dan lebih sejuta penduduk Lubnan terpaksa dipindahkan, memburukkan lagi krisis kemanusiaan di negara itu.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Israel
#serangan
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan