awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Pakistan komited teruskan pengantaraan Iran-AS - PM Shehbaz Sharif
8 kanak-kanak maut dalam insiden tembakan di Louisiana, AS
Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: Trump dakwa AS rampas kapal Iran cuba lepasi sekatan berhampiran Selat Hormuz

Astro AWANI
Astro AWANI
19/04/2026
21:50 MYT
Konflik Asia Barat: Trump dakwa AS rampas kapal Iran cuba lepasi sekatan berhampiran Selat Hormuz
Presiden Trump mendakwa, angkatan tenteranya telah merampas sebuah kapal kargo berdaftar Iran yang cuba melepasi sekatan laut AS berhampiran Selat Hormuz. - Gambar Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa, angkatan tenteranya telah merampas sebuah kapal kargo berdaftar Iran yang cuba melepasi sekatan laut AS berhampiran Selat Hormuz.
Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat sebarang maklum balas rasmi daripada Iran berhubung dakwaan tersebut.
Dalam satu hantaran di media sosial pada Ahad, Trump berkata, kapal berkenaan, dikenali sebagai Touska, telah diarahkan berhenti oleh sebuah kapal pemusnah berpeluru berpandu Tentera Laut AS di Teluk Oman, namun amaran itu tidak diendahkan oleh anak kapal.
Menurut Trump, Tentera Laut AS kemudiannya “menghentikan kapal itu di tempat kejadian dengan menebuk lubang pada ruang enjin”, sebelum anggota Marin Amerika mengambil alih kawalan kapal tersebut bagi memeriksa muatannya.
Kenyataan Trump itu dibuat ketika ketegangan terus memuncak di Selat Hormuz, laluan strategik yang menyaksikan penghantaran kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia, susulan ancaman Iran serta sekatan laut AS ke atas kapal-kapal yang menuju ke dan dari pelabuhan Iran.
Terdahulu pada Ahad, pegawai Iran memberi amaran bahawa tiada kapal akan dibenarkan melalui selat itu selagi sekatan AS, yang dikuatkuasakan sejak 13 April, masih berterusan.
“Adalah mustahil untuk pihak lain melalui Selat Hormuz sedangkan kami tidak boleh berbuat demikian,” kata Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf.
Iran sebelum ini mengumumkan pembukaan semula selat berkenaan susulan gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan kumpulan Hezbollah dari Lubnan yang berkuat kuasa pada Jumaat.
Namun, Tehran menegaskan, sekatan di laluan itu akan terus dikuatkuasakan selepas Trump menyatakan bahawa sekatan AS “akan kekal berkuat kuasa sepenuhnya” sehingga Iran mencapai perjanjian dengan Washington.
Selepas peningkatan singkat cubaan pelayaran pada Sabtu, pergerakan kapal di Teluk dilaporkan kembali terhenti susulan laporan beberapa kapal ditembak ketika dalam perjalanan dan terpaksa berpatah balik.
Kenyataan Trump itu dibuat beberapa jam selepas beliau memaklumkan bahawa perunding AS dijadual berlepas ke Islamabad, Pakistan, pada Isnin bagi kemungkinan mengadakan rundingan dengan Iran, bertujuan menamatkan konflik antara AS-Israel dan Iran.
Perkembangan itu sebelum ini mencetuskan harapan gencatan senjata yang rapuh dapat dilanjutkan menjelang tarikh tamatnya pada Rabu.
Namun, media kerajaan Iran melaporkan bahawa Tehran belum bersetuju untuk mengadakan pusingan rundingan kedua. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Selat Hormuz
#kapal Iran
#presiden as
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan