awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Asia Barat: White House nafi rancangan AS guna senjata nuklear terhadap Iran

Bernama
Bernama
07/04/2026
16:22 MYT
Konflik Asia Barat: White House nafi rancangan AS guna senjata nuklear terhadap Iran
White House menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear terhadap Iran. - Gambar fail
White House pada Selasa menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan penggunaan senjata nuklear terhadap Iran, sambil menolak dakwaan bahawa kenyataan Naib Presiden, JD Vance memberi gambaran sedemikian, lapor Anadolu Ajansi.
“Tiada langsung kenyataan @VP di sini (VP) yang membayangkan perkara itu,” menurut hantaran akaun Rapid Response White House di platform media sosial X.
Penafian itu dibuat selepas Vance memberi amaran kepada Iran bahawa AS mempunyai “beberapa pilihan yang setakat ini belum kami putuskan untuk digunakan” sambil menyatakan Presiden AS, Donald Trump akan menggunakannya jika Tehran tidak mengubah haluan.
Trump sebelum ini memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah malam ini, tidak akan dapat dikembalikan lagi” -- kenyataan yang mencetuskan spekulasi ketika tarikh akhir beliau pada pukul 8 malam Waktu Timur (0000 GMT Rabu) untuk Iran semakin hampir.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#White House
#senjata nuklear
#AS serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan