awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Imej papan induk NVIDIA N1 tular, cetus spekulasi cip komputer riba baharu
Pelajar USM wakili Malaysia pada pertandingan roket di AS
Palestin masih tidak selamat 6 bulan selepas gencatan senjata Gaza - Ketua Hak Asasi PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan peroleh 50 juta tong bekalan minyak alternatif bagi April

Bernama
Bernama
02/04/2026
06:28 MYT
Korea Selatan peroleh 50 juta tong bekalan minyak alternatif bagi April
Kerajaan dan kilang penapisan minyak sedang berusaha keras untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada pelbagai negara sambil menyatakan bahawa Seoul telah berunding dengan Arab Saudi, Oman, Kazakhstan, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain. -Gam
Korea Selatan memperoleh kira-kira 50 juta tong bekalan minyak alternatif bagi bulan ini untuk menggantikan bekalan dari Asia Barat yang terhalang susulan penutupan efektif Selat Hormuz, kata pegawai kerajaan pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Kerajaan dan kilang penapisan minyak sedang berusaha keras untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada pelbagai negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan, Industri dan Keselamatan Sumber Yang Ghi-wuk dalam taklimat berkala mengenai bekalan tenaga, sambil menyatakan bahawa Seoul telah berunding dengan Arab Saudi, Oman, Kazakhstan, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain.
Yang berkata kira-kira 80 juta tong minyak tiba di Korea Selatan setiap bulan apabila keadaan berjalan seperti biasa, namun sekitar 50 juta tong diperoleh secara sementara setakat ini bagi bulan ini, dengan bekalan alternatif dijangka meningkat pada Mei.
Bagi menampung kekurangan itu, kerajaan bertindak mengawal permintaan dan berusaha membantu bekalan menerusi sistem pertukaran minyak mentah dengan syarikat swasta, katanya.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#minyak alternatif
#bekalan
#Asia Barat
#Selat Hormuz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan