awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
KPM mula siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh - Fadhlina
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kos rawatan buah pinggang melonjak ke RM3.3 bilion setahun - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
12/04/2026
07:22 MYT
Kos rawatan buah pinggang melonjak ke RM3.3 bilion setahun - Dr Dzulkefly
Secara purata 28 rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang setiap hari dan terpaksa memulakan rawatan dialisis untuk terus hidup. - Gambar hiasan
Kos rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir di Malaysia mencatat peningkatan mendadak kepada RM3.3 bilion setahun ketika ini berbanding RM572 juta pada 2010 susulan, pertambahan kes saban tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata situasi itu mencerminkan beban kewangan yang semakin besar kepada negara selain memberi kesan mendalam kepada kehidupan pesakit.

“Pada 2010, Malaysia membelanjakan RM572 juta untuk rawatan CKD tahap akhir namun hari ini jumlah itu telah melonjak kepada RM3.3 bilion setiap tahun.

“Beban ini bukan sahaja meragut kualiti hidup pesakit tetapi turut menjadi tekanan kewangan yang amat berat kepada negara kita,” katanya ketika berucap bagi merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari ini.

Beliau berkata prevalens CKD di Malaysia turut mencatat peningkatan membimbangkan daripada sembilan peratus pada 2011 kepada 15.5 peratus pada tahun lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara purata 28 rakyat Malaysia didiagnosis dengan kegagalan buah pinggang setiap hari dan terpaksa memulakan rawatan dialisis untuk terus hidup.

"Lebih lima juta rakyat Malaysia kini hidup dengan CKD namun hanya lima peratus sahaja yang menyedarinya. Jika kita gagal bertindak dengan berani hari ini, lebih 106,000 rakyat Malaysia dijangka memerlukan rawatan dialisis menjelang 2040, satu angka yang amat membimbangkan,” katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata kerajaan tidak ketinggalan untuk menekankan kepentingan pencegahan bagi mengurangkan beban penyakit berkenaan.

Beliau berkata faktor utama kegagalan buah pinggang di Malaysia adalah komplikasi penyakit diabetes mellitus dan pesakit tidak boleh bergantung kepada dialisis semata-mata untuk keluar daripada krisis terbabit tanpa menangani akarnya.

“Kerajaan telah menaikkan kadar Cukai Minuman Bergula atau Sugar-Sweetened Beverage (SSB) kepada 90 sen seliter bermula 1 Jan 2025 sebagai langkah mengekang punca utama penyakit itu.

"Hasil kutipan duti eksais minuman bergula pada 2025 mencecah RM54.9 juta dengan RM21 juta disalurkan kembali kepada Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata dana berkenaan digunakan untuk membiayai rawatan perencat Sodium-Glucose Cotransporter-2 (SGLT2) yang mampu mengurangkan risiko komplikasi CKD.

Terdahulu, Dzulkefly merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF) dan turut hadir Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KKM
#Rawatan buah pinggang
#Dzulkefly Ahmad
#kos rawatan
#subsidi kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan