awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP FRIM dipilih ikon Malaysia Membaca

Bernama
Bernama
15/05/2020
01:41 MYT
KP FRIM dipilih ikon Malaysia Membaca
Abd Latif mengucapkan terima kasih kepada Dewan Kosmik atas penghargaan itu. - Facebook FRIM
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod telah dipilih sebagai ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik edisi April 2020.
Pemilihan oleh majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu dibuat bersempena dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 anjuran Kementerian Pendidikan yang dilancarkan Februari lepas.
Abd Latif, yang telah menghasilkan lebih 300 jurnal dan rencana saintifik, juga menghasilkan beberapa buku bersama penyelidik FRIM.
Empat daripada buku tersebut telah menerima 'Anugerah Buku Negara' pada 2010, 2013, 2016 dan 2019.
Selain itu, beliau turut menerima Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Buku Penyelidikan 2015 dan Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Penyelidikan dan Pembangunan 2016 daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara selain memegang enam Malaysia Book of Records sepanjang perkhidmatannya di FRIM.
Dalam kenyataannya di laman Instagram FRIM, Abd Latif mengucapkan terima kasih kepada Dewan Kosmik atas penghargaan itu sambil berharap ia menjadi inspirasi dan pemacu semangat untuk terus membaca dan berkarya kepada semua warga FRIM dan warga Malaysia.
"Baca, baca dan teruslah membaca! Rugilah jika kita tidak mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian kerana pelbagai ilmu dan manfaat mampu diperoleh," katanya.
View this post on Instagram
KP FRIM: TOKOH MALAYSIA MEMBACA 15 Mei 2020 – Ketua Pengarah (KP) @frimkepong, Datuk Dr Abd Latif Mohmod telah dipilih sebagai ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik (edisi April 2020), bersempena dengan program Dekad Membaca Kebangsaan. . “Baca, baca dan teruslah membaca! Rugilah jika kita tidak mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian kerana pelbagai ilmu dan manfaat mampu diperolehi,” kata Abd Latif. @majalahkosmikdbp @dbpmalaysia #MalaysiaMembaca #FRIMMembaca
A post shared by FRIM Kepong (official) (@frimkepong) on
May 14, 2020 at 3:26pm PDT
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Latif Mohmod
#Anugerah Buku Negara
#Buku
#DBP
#Dewan Kosmik
#FRIM
#ikon
#Instagram
#jurnal
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia Membaca
#penulis
#penyelidik
#rencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan