awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump pertimbang lanjut sekatan, mudahkan penghantaran minyak AS
Trump's ceasefire extension a 'ploy to buy time' for surprise strike, advisor to Iran's top negotiator says
Suami isteri mengaku tidak bersalah jual IPTV haram libat kandungan Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP JUPEM didakwa guna kedudukan untuk rasuah lebih RM130,000

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/04/2026
01:58 MYT
KP JUPEM didakwa guna kedudukan untuk rasuah lebih RM130,000
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto BERNAMA
Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115.16 pada 2024 dan tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Hasni Hassan, 57, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Husain.
“Faham, tidak mengaku bersalah,” katanya di sini pada Rabu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berupa dana LJT berjumlah RM30,201.16 bagi kepentingan diri sendiri.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga yang membincangkan penyertaannya ke 14th Session of the United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management (UN-GGIM) di New York, Amerika Syarikat dari 4 hingga 9 Ogos 2024.
Kesalahan itu dibuat di Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati, pada pada 3 Ogos 2024.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama pada 31 Disember 2024 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, dengan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berupa dana LJT berjumlah RM105,914.
Ia berkaitan penyertaannya dalam mesyuarat bersama serta program berkaitan rangka kerja geospatial antarabangsa yang diadakan di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi dari 29 Januari hingga 4 Februari 2025.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pada 17 April lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM terbabit dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000
Sebelum itu Pada 11 Februari, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
Topic Berkaitan
#KP
#JUPEM
#Rasuah
#Hasni Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan