awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara

Bernama
Bernama
19/06/2024
08:01 MYT
KPDN Kelantan rancang pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara
Azman berkata dalam masa terdekat sebagai permulaan, CCTV itu akan dipasang di stesen-stesen terpilih yang dipercayai sering menjadi pilihan penyeludup. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi tujuan pemantauan.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata dalam masa terdekat sebagai permulaan, CCTV itu akan dipasang di stesen-stesen terpilih yang dipercayai sering menjadi pilihan penyeludup.
Beliau berkata langkah itu antaranya adalah sebagai langkah mencegah kegiatan pembelian minyak secara berulang yang dibimbangi untuk tujuan penyeludupan.
"Buat masa sekarang, pendekatan KPDN adalah dengan meletakkan anggota penguat kuasa secara statik di beberapa stesen terpilih seperti di Tumpat dan Pasir Mas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azman berkata dengan pemasangan CCTV berkenaan, KPDN dapat membuat pemantauan secara terus dari pejabat dan senang mengambil tindakan jika berlaku penyeludupan.
Mengulas lanjut, Azman berkata perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat minyak dan masih belum dimuktamadkan lagi.
"Setakat ini stesen minyak sudah mempunyai CCTV masing-masing dan sekiranya pemantauan mahu dilakukan, pihak KPDN perlu ke stesen minyak untuk membuat pemantauan khususnya melihat di CCTV stesen.
"Apa yang kita inginkan adalah pemantauan boleh dilakukan daripada pejabat sahaja," katanya.
Di daerah bersempadan terdapat 46 buah stesen minyak dalam radius 20 kilometer yang menjadi tumpuan penyeludup bahan api berkenaan, tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#CCTV
#sempadan Malaysia-Thailand
#penyeludup
#penyasaran semula diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan