awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi

Bernama
Bernama
23/11/2024
14:00 MYT
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi. - Foto KPDN Pahang
KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Pengarahnya Jezlily Jamaluddin berkata serbuan serentak yang dilakukan kira-kira 10 pagi itu hasil aduan daripada orang awam berhubung kegiatan itu.
Beliau berkata hasil semakan mendapati bekalan gula bertapis kasar di premis restoran dan minyak masak peket bersubsidi di dalam kediaman pemilik restoran melebihi had simpanan dibenarkan, selain pemilik premis gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan bagi pemilikan barang kawalan bersubsidi berkenaan.
"Sebanyak 205 kilogram (kg) minyak masa peket bersubsidi dan 20kg gula putih bertapis kasar serta dokumen perniagaan berkaitan telah disita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan melebihi had disyaratkan.
"KPDN memberi amaran keras terhadap mana-mana individu atau syarikat berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Pahang
#serbu
#barang kawalan bersubsidi
#Triang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan