awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN pasang CCTV di stesen minyak kekang penyelewengan RON95

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
08:32 MYT
KPDN pasang CCTV di stesen minyak kekang penyelewengan RON95
Inisiatif itu dilaksana bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara lebih berkesan memandangkan rakaman akan disalurkan terus ke pusat kawalan penguatkuasaan KPDN dan pejabat negeri. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya penyelewengan petrol bersubsidi RON95.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata berkata inisiatif itu dilaksana bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara lebih berkesan memandangkan rakaman akan disalurkan terus ke pusat kawalan penguatkuasaan KPDN dan pejabat negeri.
Beliau berkata fasa rintis pemasangan CCTV itu sedang dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama pemain industri khususnya di kawasan dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ termasuk di negeri yang bersempadan dengan negara jiran.
“Insya-Allah pada tahun ini, kita akan mula mengguna pakai teknologi (CCTV) ini dengan lebih intensif untuk memastikan isu ketirisan dan penyelewengan dapat kita atasi dengan lebih baik,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azman berkata antara modus operandi digunakan sindiket bagi menyeleweng petrol RON95 bersubsidi adalah pembelian berulang di stesen minyak serta penggunaan kenderaan yang diubah suai dengan tangki tambahan.
Susulan itu, beliau berkata KPDN kini mengambil langkah memantau secara rapat data Point of Sale (POS) dan merekod trend peruncitan di stesen-stesen minyak.
“Jika terdapat anomali atau corak pembelian luar biasa yang tidak padan dengan demografi tempatan contohnya lonjakan pembelian RON95 mendadak di stesen yang terpencil, sistem akan mencetuskan amaran dan pasukan pengauditan dan taktikal akan terus digerakkan ke lokasi,” katanya.
Azman berkata operasi bersepadu turut dilaksanakan secara berkala khususnya di kawasan sempadan dan lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ penyelewengan bahan api.
“Pendekatan ini bertujuan memastikan pemantauan lebih ketat dan menutup ruang kepada sindiket untuk menjalankan aktiviti penyeludupan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata kes penyalahgunaan petrol RON95 mencatatakan penurunan iaitu 1,713 kes pada 2024 berbanding 1,300 kes pada 2025.
“(Penurunan kes) susulan KPDN memberi amaran keras dan tindakan menggantung lesen pengusaha stesen minyak yang bersekongkol selain kesedaran dalam kalangan peruncit semakin meningkat,” katanya.
Azman menegaskan KPDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan petrol bersubsidi RON95 hanya dinikmati rakyat Malaysia dan tidak diseleweng oleh mana-mana pihak.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua agensi serta jentera kerajaan supaya lebih tegas dan berwaspada dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang bentuk penyelewengan RON 95.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#BUDI95
#CCTV
#penyelewengan subsidi
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan