awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mujur tak berlubang tapi tiada penalti! Muka Mbappe dipenuhi darah
100 hari pentadbiran Mamdani: Antara janji perubahan dan cabaran tadbir urus New York
MFL nafi sambutan Piala Malaysia, Piala Cabaran suram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Perak sita alat ganti tiruan telefon bimbit bernilai lebih RM20,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/04/2026
02:41 MYT
KPDN Perak sita alat ganti tiruan telefon bimbit bernilai lebih RM20,000
KPDN Perak menyita 1,107 unit alat ganti dan aksesori telefon bimbit tiruan bernilai RM21,415 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Ipoh, semalam. - Gambar KPDN Perak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita alat ganti tiruan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM21,415 dalam serbuan ke atas sebuah premis perniagaan di sini, semalam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan kira-kira jam 11.40 pagi itu turut disertai wakil Pemilik Cap Dagang.
Menurutnya, hasil pemeriksaan telah menemui 1,107 unit alat ganti dan barangan aksesori telefon bimbit yang kesemuanya disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.
“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, premis itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah.
Menurut Kamalludin, kesemua barangan dan dokumen telah disita untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Topic Berkaitan
#KPDN Perak
#Kamalludin Ismail
#sita
#aksesori telefon bimbit tiruan
#cap dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan