awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP tahan lima lelaki terlibat kegiatan seludup diesel

Bernama
Bernama
07/09/2022
10:19 MYT
KPDNHEP tahan lima lelaki terlibat kegiatan seludup diesel
Antara yang dirampas lori tangki, kereta, tongkang dan bahan api disyaki diesel dianggarkan berjumlah 70,000 liter dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM738,500. - Facebook KPDNHEP Selangor
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menahan lima lelaki termasuk seorang warga Bangladesh kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi, di kawasan paya bakau berhampiran Pantai Aceh, Pulau Indah di sini semalam.
Pengarahnya Mohd Zuhairi Mat Radey berkata serbuan dijalankan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada pihaknya, berjaya menahan lima lelaki berusia antara 22 dan 63 tahun
"Hasil pemeriksaan semasa serahan dibuat ditemukan sebuah pengangkutan air jenis tongkang yang berada berdekatan dengan kawasan paya bakau dan dalam proses untuk memindahkan bahan api diesel ke dalam tongkang tersebut.
"Pengangkutan itu dipercayai digunakan untuk menyimpan serta bagi tujuan urus niaga bahan api tersebut kepada kapal-kapal lain yang berada di sekitar pantai dan paya bakau berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tongkang tersebut dijadikan sebagai tempat simpanan diesel bersubsidi tanpa dokumen yang sah.
"Antara yang dirampas lori tangki, kereta, tongkang dan bahan api disyaki diesel dianggarkan berjumlah 70,000 liter dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM738,500," katanya yang menambah kes itu disiasat di bawah Seksyen 20 dan 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDNHEP
#seludup diesel
#PDRM
#Pulau Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan