awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
24/10/2024
07:10 MYT
KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
Arthur berkata, dari Jun 2023 sehingga 19 September 2024, sebanyak enam juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan di seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak menafikan terdapat premis seperti kedai runcit dan pasar raya tidak memperoleh bekalan beras putih tempatan.
Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, KPKM sentiasa memberi perhatian terhadap isu tersebut dan buktinya, dari Jun 2023 sehingga 19 September 2024, sebanyak enam juta kampit beras putih tempatan 10 kilogram telah diedarkan di seluruh negara.
Menurutnya, dalam usaha untuk menangani isu keberadaan beras putih tempatan di pasaran, KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.
“Antara langkah yang diambil dalam pelaksanaan reformasi ini adalah seperti pemantapan tata kelola melalui pengasingan kuasa melibatkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).
“Kedua, mewujudkan peraturan baharu larangan percampuran beras putih tempatan dengan beras putih import.
“Ketiga: Penggabungan penguatkuasa di bawah KPKM bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan.
“Keempat: Reformasi pentadbiran Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),” katanya.
Jelasnya, kementerian berharap segala usaha sedang dilaksanakan untuk mereformasikan sektor padi dan beras akan mendapat sokongan dari semua pihak demi kebaikan serta masa depan industri padi dan beras negara.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis, menjawab isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran yang dibangkitkan Misbahul Munir Masduki (PN - Parit Buntar).
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#beras import
#KPKM
#beras tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan