awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT bakal wujud platform bandar Malaysia-Cambridge bagi capai pembangunan mampan

Bernama
Bernama
28/03/2026
04:25 MYT
KPKT bakal wujud platform bandar Malaysia-Cambridge bagi capai pembangunan mampan
Nga berkata penglibatan Malaysia dengan Universiti Cambridge mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kerjasama antarabangsa. - Foto FB KPKT
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang berusaha mewujudkan platform bandar Malaysia-Cambridge bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata cadangan kerjasama dengan Universiti Cambridge itu akan memperkukuh perkongsian strategik dengan institusi terkemuka dunia dalam usaha mencapai pembangunan bandar mampan.

“Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh serta peningkatan daya saing global mencerminkan ketahanan negara sebagai sebuah ekonomi perdagangan yang berdaya saing di Asia meskipun berdepan ketegangan geopolitik yang berterusan dan sudah tiba masanya untuk negara meningkatkan usaha dalam menjalin perkongsian strategik dengan institusi terkemuka dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nga menyampaikan ucaptama pada Forum Perumahan dan Perancangan Bandar di Downing College yang julung-julung kali diadakan.

Beliau berkata penglibatan Malaysia dengan Universiti Cambridge mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kerjasama antarabangsa, meletakkan negara sebagai rakan kongsi proaktif dalam membangunkan bandar yang mampu milik, berdaya tahan dan inklusif.

Forum anjuran bersama Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA), Universiti Cambridge, Universiti Anglia Ruskin dan Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Cambridge itu juga bertujuan menggalakkan pelajar Malaysia untuk kembali menyumbang kepada pembinaan negara.
Dalam ucapannya, Nga menggariskan lima keutamaan utama di bawah agenda perumahan dan bandar Malaysia yang selaras dengan SDG, termasuk memperkukuh Dasar Perumahan Mampu Milik Negara dengan mengehadkan harga pada RM300,000 dan menyelaraskannya dengan pendapatan median setiap daerah.
Beliau berkata kadar pemilikan rumah di Malaysia telah mencapai 76.5 peratus, mengatasi negara-negara seperti Jerman, United Kingdom dan Australia.
Keutamaan lain termasuk memajukan perumahan berdaya tahan terhadap perubahan iklim melalui pembangunan berorientasikan transit dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi, mempertingkatkan penyelarasan tanah dan perancangan melalui Malaysia Urban Observatory, serta menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai.
Nga berkata hampir 1,350 projek terbengkalai telah dihidupkan semula sejak 2023, memberi manfaat kepada lebih 167,000 pembeli rumah dan menjana nilai sebanyak RM133.78 bilion, sambil menekankan bahawa pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan tadbir urus yang baik adalah kunci kepada bandar mampan, selain mempertingkatkan keupayaan institusi melalui pendigitalan, latihan dan tadbir urus yang dipertingkatkan.
Beliau berkata melalui lima pembaharuan perumahan MADANI, kerajaan menyasarkan “sifar” projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai menjelang 2030, selain memperkukuh tadbir urus kediaman strata melalui pembaharuan Akta Pengurusan Strata.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nga berkata asas makroekonomi Malaysia telah mencapai titik perubahan dengan merujuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada suku terakhir 2025 serta pelaburan diluluskan yang mencatat rekod sebanyak RM426.7 bilion.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#KPKT
#cambridge
#Nga Kor Ming
#SDG
#perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan