awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT diminta laksana semula projek PR1MA di Kimanis

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
09/12/2020
12:53 MYT
KPKT diminta laksana semula projek PR1MA di Kimanis
Mohamad berkata, apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan projek tersebut sebelum ini, langkah itu telah disambut dengan baik. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta melaksanakan semula projek perumahan di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika mengambil alih kerajaan dua tahun yang lalu.
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, perkara itu menjadi keperluan dan permintaan untuk perumahan di kawasan Kimanis adalah terlalu tinggi.
"Saya telah membangkitkan semula di Dewan Rakyat hari ini bahawa selepas Kerajaan PH mengambil alih Kerajaan Pusat, projek tersebut telah dibatalkan begitu sahaja dan (saya) mahu tahu apakah sebab-sebab pembatalan projek berkenaan.
"Oleh itu, saya berharap KPKT akan melaksanakan semula projek tersebut yang memboleh sekurang-kurangnya 1,000 penduduk di kawasan Kimanis dan mengurangkan masalah kemudahan perumahan yang dihadapi penduduk Kimanis," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan projek tersebut sebelum ini, langkah itu telah disambut dengan baik.
"Bagaimanapun ramai penduduk Kimanis agar kecewa apabila ia dibatalkan semasa Kerajaan PH.
"Selain membangkitkan isu ini beberapa kali di Parlimen, saya juga ada menyediakan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Kementerian dengan harapan projek itu akan dilaksanakan semula," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#PR1MA
#Parlimen
#kerajaan
#rakyat
#Malaysia
#Projek perumahan PR1MA di Kimanis
#Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan