awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
Itali tangguh pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel - PM Meloni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam seluruh negara setiap tahun

Bernama
Bernama
13/02/2024
15:44 MYT
KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam seluruh negara setiap tahun
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (dua, kanan) menghadiri program Perasmian Pencahayaan Taman Woodlands di Bandar Baru Tambun hari ini. - Foto BERNAMA
IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk membina sekurang-kurangnya 50 buah taman rekreasi awam setiap tahun di seluruh negara.
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pihaknya akan memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk setiap taman rekreasi berkenaan.
"Pembinaan tersebut bagi menambah taman rekreasi awam sedia ada, yang bertujuan bagi mewujudkan persekitaran hijau yang selesa dan selamat kepada penduduk sekitar di kawasan perumahan.
"Taman rekreasi awam ini dibina sebagai satu fisioterapi kepada penduduk...bila ada taman untuk mereka beriadah maka memang ia akan membawa satu faedah yang bermanfaat," katanya selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun di sini malam ini.
Dalam pada itu, Nga berkata KPKT memperuntukkan RM10 juta untuk membina 22 taman rekreasi awam di Perak dan kerja pembinaannya akan siap sepenuhnya pada tahun ini.
Beliau berkata bagi melibatkan komuniti setempat, kementerian menggalakkan orang ramai menyumbangkan benih pokok, yang kemudiannya akan dinamakan atas nama keluarga mereka.
Nga berkata inisiatif tersebut dilihat mampu mengurangkan vandalisme yang banyak berlaku di taman rekreasi awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#taman rekreasi awam
#Nga Kor Ming
#Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan