awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Bernama
Bernama
08/02/2024
03:13 MYT
KPTDGA kini dikenali Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)
Perubahan nama menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawab kementerian berkaitan, dengan usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air negara.
PUTRAJAYA: Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kini dikenali dengan nama rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
PETRA dalam kenyataan hari ini memaklumkan nama kementerian itu diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
"Perubahan ini bagi menggambarkan peranan sebenar dan tanggungjawab kementerian berkaitan, dengan usaha transformasi dalam bidang tenaga dan air Negara.
"Tujuannya untuk memastikan bahawa aspirasi kerajaan melalui fungsi dan tugas kementerian ini, dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut," menurut kenyataan itu.
PETRA dalam kenyataan memaklumkan pemilihan akronim PETRA, ditentukan melalui pertandingan secara terbuka kepada warga kementerian dan jabatan, serta agensi di bawahnya.
Sebanyak 105 cadangan akronim telah diterima dan PETRA terpilih sebagai akronim kementerian baharu itu. Akronim tersebut merujuk kepada pemilihan huruf-huruf terpilih yang dikaitkan dengan nama kementerian itu.
"Peralihan Tenaga dizahirkan secara simbolik pada tiga huruf pertama (PET), manakala Transformasi Air juga dizahirkan secara simbolik melalui tiga huruf terakhir akronim berkenaan (TRA).
"Sektor tenaga dan air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan kita dan kesejahteraan rakyat, akan digalas oleh kementerian ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan nama PETRA akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Petra
#Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan