awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Arab Saudi dan negara republik Islam bakal memuncak?

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2019
02:49 MYT
Krisis Arab Saudi dan negara republik Islam bakal memuncak?
Selepas serangan dron di Arab Saudi, pemberontak Houthi Yaman mengugut untuk menyerang Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
KRISIS yang melanda Arab Saudi melibatkan beberapa negara republik Islam dilihat semakin tegang.
Situasi memuncak selepas serangan dron ke atas dua kilang minyak Aramco dilancar pada 14 September lepas.
Kedua-dua loji minyak berkenaan iaitu di Khurasi dan Abqaiq terjejas teruk diserang dron kumpulan pemberontak Houthi menyebabkan hampir separuh penghasilan minyak Arab Saudi tergendala.
Susulan serangan itu, Arab Saudi menggantung sementara pengeluaran minyak di dua loji berkenaan.
BACA: Arab Saudi dakwa serangan fasiliti minyak Aramco ditaja Iran
Penghasilan minyak di loji milik Saudi Aramco itu mungkin akan kembali normal dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Terbaharu, kumpulan pemberontak Houthi Yaman kini mengugut untuk menyerang Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
BACA: Dituduh taja serangan fasiliti minyak, Iran bidas dakwaan Arab Saudi
Jurucakap pemberontak Houthi, Yahia Sarie dalam satu sidang media berkata mereka sedia untuk menyerang berpuluh-puluh sasaran di UAE.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Houthi
#Islam
#minyak
#serangan
#UAE
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan