awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis integriti rasuah terhadap golongan belia meningkat

Anthea Yap
Anthea Yap
22/07/2016
08:13 MYT
Krisis integriti rasuah terhadap golongan belia meningkat
AKHBAR: Isu kebendaan dalam masyarakat hari ini mempengaruhi Gen-Y terjerumus dalam aktiviti rasuah. - Gambar fail
Golongan belia di negara ini berhadapan dengan krisis integriti yang semakin kritikal.
Menurut Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar, ia kerana golongan itu lebih cederung untuk hidup mewah sehingga mengakibatkan mereka terjebak dalam kegiatan rasuah.
Jelasnya, isu kebendaan dalam masyarakat hari ini mempengaruhi Gen-Y terjerumus dalam aktiviti rasuah.
"Golongan belia berdepan dengan krisis integriti dan ia merupakan satu krisis yang begitu teruk. Perkara ini berlaku apabila sebahagian besar masyarakat hari ini menuju kepada kebendaan.
"Saya dapati bahawa pegawai baru khususnya Gen-Y hidup lebih mewah dan kebanyakan mereka menggunakan kereta besar dengan mendapat wang rasuah," katanya ketika dihubungi oleh Astro Awani di sini, hari ini.
Beliau berkata, perkara itu perlu diatasi dengan lebih berkesan bermulanya di peringkat tadika.
Tambahnya lagi masyarakat perlu memberi sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.
Baru-baru ini, SPRM melaporkan 55 peratus daripada 1,902 tangkapan rasuah sejak 2013 di Malaysia terdiri daripada golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.
Jumlah itu menunjukkan penglibatan belia yang agak tinggi dalam rasuah selain perlu ditangani dengan efektif.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#Golongan belia di negara ini berhadapan dengan krisis integriti yang semakin kritikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan