awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tenaga global: Projek perumahan disiapkan mengikut jadual - Nga

Bernama
Bernama
11/04/2026
08:42 MYT
Krisis tenaga global: Projek perumahan disiapkan mengikut jadual - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tiga, kiri) ketika melawat Projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Mukim Durian Sebatang hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek perumahan di seluruh negara akan disiapkan mengikut jadual meskipun berdepan krisis tenaga global susulan konflik Asia Barat, mutakhir ini.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata satu mesyuarat akan diadakan dengan pihak berkepentingan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah untuk memastikan sasaran berkenaan tercapai.
“Kita (KPKT) sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia), Master Builders Association Malaysia (Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia) dan lain-lain untuk pastikan supaya projek yang telah dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual.
“Saya telah arahkan Jabatan Perumahan Negara untuk longgarkan sedikit syarat, mempermudah projek-projek perumahan khususnya projek perumahan mampu milik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pembeli rumah yang melahirkan kebimbangan sekiranya projek perumahan mereka tertangguh akibat krisis tenaga global.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Mohd Jamil Idris.
Sementara itu, Nga berkata rakyat berpendapatan rendah akan terus menikmati subsidi pada kadar RM20,000 bagi projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah selian SPNB.
Beliau berkata kerajaan terus komited membantu golongan berkenaan memiliki rumah dengan mengekalkan kadar bayaran RM55,000 berbanding kos sebenar RM75,000 bagi setiap unit dengan menyasarkan sebanyak 6,545 unit RMR tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#SPNB
#RMR
#krisis
#tenaga global
#perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan