awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru Artemis II NASA siap sedia pulang ke bumi

Reuters
Reuters
09/04/2026
07:55 MYT
Kru Artemis II NASA siap sedia pulang ke bumi
Menurut NASA, para angkasawan meneruskan beberapa ujian saintifik serta mula menyusun dan menyimpan peralatan sebagai persediaan pulang. - AP
Empat angkasawan misi Artemis II ke Bulan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan untuk kembali ke Bumi, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu pada Rabu.
Menurut NASA, para angkasawan meneruskan beberapa ujian saintifik serta mula menyusun dan menyimpan peralatan sebagai persediaan pulang.
Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut mengucapkan tahniah kepada para angkasawan menerusi siaran langsung, sambil berkata rakyat Kanada “amat berbangga dengan anda.”
Kru berkenaan yang terdiri daripada angkasawan AS Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, serta angkasawan Kanada Jeremy Hansen dijadual melakukan pendaratan di Lautan Pasifik pada Jumaat, manakala keadaan cuaca ketika ini dilapor menggalakkan, menurut NASA.
Bagaimanapun, mereka dijangka tidak akan memecahkan rekod kelajuan.
Pengurus NASA Rick Henfling berkata Artemis II dijangka mencapai halaju maksimum 10,657 meter sesaat, lebih rendah berbanding 11,094 meter sesaat yang dicatatkan Apollo 10.
Kru Artemis II merupakan manusia pertama mengembara berhampiran Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.
Misi itu dilancarkan minggu lepas dengan menggunakan roket Space Launch System dari Cape Canaveral, Florida, sebelum mengelilingi Bulan.
Sepanjang misi itu, mereka turut mencipta rekod sebagai manusia yang mengembara paling jauh dari Bumi.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#TAG: penerokaan angkasa lepas
#NASA
#Artemis II
#misi ke bulan
#pendaratan di laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan