awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSU Kementerian ditahan, wang tunai serta jongkong emas RM3 juta dirampas - SPRM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/01/2017
10:17 MYT
KSU Kementerian ditahan, wang tunai serta jongkong emas RM3 juta dirampas - SPRM
KSU yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar Datuk hari ini kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki menerusi kenyataan media memberitahu, KSU yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.
Antara barangan yang turut dirampas oleh SPRM hari ini. - Foto dari sumber Astro AWANI
Antara barangan yang turut dirampas oleh SPRM hari ini. -Foto dari sumber Astro AWANI
Beliau ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya.
"SPRM telah merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta.
"Turut ditahan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima dan menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang berkepentingan dengan individu terbabit.
"Mereka ditahan di sekitar Subang Jaya pada 8 pagi Rabu," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Azam Baki
#KSU Kementerian ditahan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan