awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS apabila tekanan di Selat Hormuz reda
Op Selamat Aidilfitri: 5,544 anggota trafik digerak di seluruh negara
Isu tambang e-hailing akan dibincang Suruhanjaya Ekonomi Gig - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB sedia 26 tren tambahan sempena Aidilfitri

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
01/03/2026
10:59 MYT
KTMB sedia 26 tren tambahan sempena Aidilfitri
KTMB akan menyediakan 26 perjalanan tren tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi tempoh 17 hingga 29 Mac. - Gambar fail/Bernama
KTMB akan menyediakan 26 perjalanan tren tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi tempoh 17 hingga 29 Mac, merangkumi 18 ETS dan 8 EMUPlus untuk menampung permintaan penumpang yang meningkat.
Dalam satu kenyataan, tren tambahan itu menawarkan sebanyak 8,118 tempat duduk sehari, menjadikan keseluruhan 105,534 tempat duduk sepanjang operasi tambahan.
Jelas kenyataan itu, secara keseluruhan musim Aidilfitri, KTMB menyediakan 285,714 tempat duduk melalui 70 perjalanan tren sehari.
"Perkhidmatan tambahan meliputi laluan utama seperti JB Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar, manakala 10 tren ETS tambahan akan mula dijual pada 1 Mac 2026.
"KTMB turut mengaktifkan Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) bagi edisi Pantai Timur dan Utara, melibatkan laluan KL Sentral–Tumpat–KL Sentral serta KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral, dengan lebih 1,900 tiket ditawarkan merangkumi koc tempat duduk dan tempat tidur," menurut kenyataan itu pada Ahad.
Jelas kenyataan itu, perkhidmatan itu meliputi laluan utama seperti JB Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.
Sementara bagi sektor selatan, jadual operasi tren tambahan bermula seawal 7.00 pagi, manakala sektor utara bermula pada 6.10 pagi, mengikut perjalanan pertama yang ditawarkan.
Dalam pada itu, KTMB memaklumkan, tiket bagi perkhidmatan khas itu masih tersedia dan boleh dibeli melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB, atau mesin kios KTMB di stesen terpilih.
"Inisiatif menambah perkhidmatan ini adalah usaha berterusan KTMB memastikan rakyat menikmati perjalanan selesa, selamat dan efisien sempena musim perayaan, di samping mengurangkan kesesakan jalan raya.
"Orang ramai digalakkan merancang perjalanan awal dan membeli tiket lebih awal untuk menikmati tambang fleksibel serta mengelakkan kehabisan tiket. KTMB juga menasihatkan penumpang supaya hadir lebih awal bagi melancarkan proses pemeriksaan keselamatan serta dokumentasi," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#KTMB
#tiket Aidilfitri
#perjalanan
#laluan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan