awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara Kuala Terengganu hampiri tahap tidak sihat - Pakar

Bernama
Bernama
06/04/2026
09:44 MYT
Kualiti udara Kuala Terengganu hampiri tahap tidak sihat - Pakar
Kualiti udara Bandaraya Kuala Terengganu hari ini berada pada tahap sederhana, menghampiri tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan sekitar 89, dengan suhu mencecah 33 darjah Celsius. - BERNAMA
Kualiti udara Bandaraya Kuala Terengganu hari ini berada pada tahap sederhana, menghampiri tidak sihat apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan sekitar 89, dengan suhu mencecah 33 darjah Celsius.
Pengarah Kampus Besut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Madya Dr Azman Azid berkata berdasarkan pemantauan semasa, keadaan cuaca panas dan pergerakan angin yang perlahan dikenal pasti sebagai faktor utama peningkatan kepekatan bahan pencemar di udara, khususnya zarah halus pada waktu tengah hari.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan golongan kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah pernafasan agar mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kombinasi suhu tinggi dan keadaan atmosfera yang stabil boleh mempercepatkan pembentukan bahan pencemar sekunder, selain mengurangkan penyebaran pencemar di udara.
“Kawasan bandar seperti Kuala Terengganu lebih terdedah kepada peningkatan IPU walaupun tanpa berlakunya jerebu berskala besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata orang ramai disaran memakai pelitup muka sekiranya berada di luar, selain memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengurangkan kesan pencemaran udara serta haba.
Di samping itu, pihak berkuasa tempatan dan institusi berkaitan digesa mempertingkatkan aktiviti pemantauan kualiti udara secara berterusan, termasuk memanfaatkan sistem pemantauan berasaskan teknologi pintar.
“Walaupun keadaan masih belum mencapai tahap kritikal secara keseluruhannya, trend semasa menunjukkan keperluan kepada langkah pencegahan awal bagi mengelak kemerosotan kualiti udara yang lebih serius dalam tempoh terdekat.
“Langkah kawalan terhadap pelepasan daripada kenderaan serta aktiviti pembakaran terbuka perlu dilaksanakan dan diperkukuh,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kualiti udara
#Kuala Terengganu
#IPU
#hampir tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan