awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden FIFA sahkan pasukan Iran akan beraksi di AS walaupun perang berterusan
Hezbollah dakwa lancar 39 serangan terhadap sasaran Israel dalam tempoh 24 jam
Pentagon hubungi pengeluar automotif, perindustrian untuk tingkatkan pengeluaran senjata – WSJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuasa politik membolehkan orang Melayu, Bumiputera nikmati kehidupan lebih baik - PM Najib

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2017
10:23 MYT
Kuasa politik membolehkan orang Melayu, Bumiputera nikmati kehidupan lebih baik - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan dua pelajar Nur Faqihah Deraman (duduk kiri) dan Nur Atirah Mohamad Safri yang mengisi borang permohonan untuk memasuki IPT ketika melancarkan JPB hari ini. - Foto Bernama
Kuasa politik Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno membolehkan Melayu dan bumiputera nikmati kehidupan lebih baik termasuk dalam pendidikan.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program seperti Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017 menjadi bukti kerajaan sentiasa mengambil berat pendidikan anak-anak golongan itu.
"Kedudukan anak Melayu dan Bumiputera termasuk yang berada di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli lebih baik kerana apa?...kerana perjuangan Umno yang bawa perubahan termasuk menerusi program JPB.
"Kalau pihak pembangkang, yang ditunjangi DAP, jangan harap ada program seperti ini akan dilaksanakan mereka. Ini mesti kita faham, apa yang kita lihat hari ini tidak boleh dipisahkan dengan kekuasaan politik kerana inilah yang menentukan kemungkinan segala-galanya berlaku," katanya ketika merasmikan program Jelajah Pendidikan Bumiputera di Padang Awam Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.
Dianggarkan kira-kira 15 ribu penduduk sekitar dan generasi muda hadir pada majlis itu.
Pada majlis sama, perdana menteri turut melancarkan aplikasi JPB4U bagi memudahkan pelajar mendaftar untuk menyertai program berkenaan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bumiputera
#kerajaan
#Najib Razak
#pembangkang
#pendidikan
#Perdana Menteri
#PM
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan