awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing diselamatkan di Bukit Kukus akhirnya pergi jua

Bernama
Bernama
22/10/2018
10:54 MYT
Kucing diselamatkan di Bukit Kukus akhirnya pergi jua
Pasukan menyelamat menemukan kucing itu diselaputi lumpur, dua kakinya patah dan hampir tidak bernyawa di bawah timbunan runtuhan tanah. - Foto Astro AWANI
Kucing yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus dimatikan hari ini kerana tidak boleh makan akibat kecederaan dalaman, menurut Khoo Boo Leong, pesuruhjaya Persatuan Buddha Tzu Chi Merits Malaysia.
Beliau berkata doktor haiwan di Klinik Peng Aun Veterinary menyampaikan berita sedih itu kepada beliau.
Khoo, yang dimaklumkan oleh pasukan menyelamat untuk mengambil kucing itu untuk dirawat, berkata beliau bersetuju menanggung perbelanjaan bagi rawatan dan surgeri untuk memotong dua kaki kucing itu yang patah.
BACA: Pasukan SAR turut selamatkan kucing yang tertimbus
"Kami berharap selepas surgeri itu, kami dapat menempatkan kucing itu di pusat perlindungan. Tetapi selepas diberitahu yang kucing itu tidak boleh makan, kami berpendapat pilihan terbaik adalah untuk ia dimatikan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian tanah runtuh itu hari ini.
Pasukan menyelamat menemukan kucing itu diselaputi lumpur, dua kakinya patah dan hampir tidak bernyawa di bawah timbunan runtuhan tanah dalam kejadian tanah runtuh di sini pada Sabtu lepas.
Sehingga pukul 5 petang hari ini, mayat sembilan mangsa telah dikeluarkan daripada runtuhan tanah itu. Tiga yang maut ialah warga Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar. Dua lagi lelaki Bangladesh masih hilang yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.
Empat cedera dalam kejadian itu - seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia - seorang daripadanya mengandung empat bulan dan seorang wanita kemboja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#bukit kukus
#Indonesia
#kucing
#Malaysia
#mangsa
#maut
#mayat
#Myanmar
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan